Aktiviti

Aktiviti  1  :  Menjana kemahiran berfikir 

  1. Seorang gadis berusia 17 tahun membuat keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang berusia 20 tahun. Apakah perkara-perkara yang sepatutnya mereka fikirkan sebelum melangsungkan perkahwinan .                                          

  1. Apa baik, buruk dan menariknya kalau waktu pejabat dibuka bukan daripada pukul 8.00 pagi hingga 4.15 petang tetapi bermula pukul 2.00 petang hingga 11.15 malam ? 

  1. Kamu hendak membuka sebuah dusun limau nipis seluas lima ekar , Apakah perkara utama yang kamu mesti fikirkan untuk kejayaan rancangan kamu itu .
     
  1. En Nasir memberi wang kepada bapanya setiap bulan walaupun bapanya kaya dan tidak memerlukan wangnya . Apakah tujuan En Nasir ?                        

  1. Pada pendapat kamu, apakah kesan dan akibat jika penjenayah kecil yang menjalani hukuman penjara kurang daripada satu tahun tidak tinggal dalam penjara tetapi diarahkan supaya membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat .

  1. Kamu cintakan kedamaian, benci konflik dan pertentangan . Keadaan bagaimanakah kamu percaya peperangan dan pembunuhan menjadi wajar ?
                   
  1. Kamu sedang mereka cipta sebuah baju hujan. Senaraikan lima perkara yang perlu kamu beri tumpuan .                                                                                             

  1. Ibubapa Amin kecewa dengan sikapnya. Dia baru pulang daripada belajar diluar negara dalam bidang  Kejuruteraan Awam  dan tidak mahu meminta kerja yang baik dengan kerajaan. Sebaliknya dia dan empat orang rakannya bersama-sama menubuhkan kumpulan  muzik rock. Kaset mereka yang pertama berjaya dengan cemerlang dan mereka kini terkenal dan berpendapatan lumayan. Tapi ibubapa Amin tetap tidak merestui keputusan Amin. Mengapa? Amin pula tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang seni. Mengapa?  .

  1. Apakah yang akan terjadi kalau semua pelajaran sekolah disediakan dalam pita video dan kamu tidak perlu membaca buku lagi, apakah yang akan terjadi. 
    
  1. Hasil dari kajian yang dibuat, seorang ahli sains mendapati petak pokok lada yang tidak disembur racun rumput bukan sahaja terus hidup tetapi menghasilkan buah lada yang lebih banyak  dibandingkan petak pokok lada yang disembur  dengan racun rumput rumpai. Cuba buat hipotesis untuk menerangkan perkara tersebut .        

           
                 
 Aktiviti 2 : Keusahawanan

  1.   Buatkan satu kad perniagaan untuk syarikat yang bakal anda miliki.
  2.   Catur Besari tekan di sini.                  

No comments: